PENDAFTARAN PORTAL KEJURUTERAAN
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Untuk makluman Warga Kejuruteraan,
Pihak Admin Portal Kejuruteraan amat berbesarhati dengan sambutan yang menggalakkan dari semua anggota yang mendaftar di laman kejuruteraan ini. Namun begitu masih ada anggota yang tidak mematuhi tatacara pendaftaran dan menyebabkan pendaftaran keahlian mereka tidak dapat diluluskan.
Disini pihak Admin Portal Kejuruteraan mengingatkan semua anggota beberapa prosedur yang wajib dipatuhi semasa pendaftaran keahlian portal kejuruteraan :
1. Pastikan no tentera pangkat dan nama penuh dimasukkan pada ruangan 'NAMA'.
2. Setelah pendaftaran dibuat, satu email dari sistem portal kejuruteraan akan dihantar ke alamat email yang telah didaftarkan.
3. Klik link email portal kejuruteraan tersebut dan sistem akan menerima pengesahan pendaftaran.
Setelah proses ini dibuat barulah pihak admin boleh meluluskan pendaftaran anda. Jika tidak pihak admin pun tidak dapat membantu pendaftaran anda.
Bagi anggota yang telah mendaftar tetapi anda telah kehilangan email pendaftaran tersebut sila daftar semula... pastikan no tentera, pangkat dan nama dimasukkan pada ruangan nama.
# PIHAK ADMIN AKAN MELULUSKAN PENDAFTARAN DALAM MASA 24 JAM. HARAP MAKLUM.
Last Updated (Monday, 14 May 2012 09:54)
JADUAL AKTIVITI MTU-KEJURUTERAANJADUAL AKTIVITI KEJURUTERAAN
Last Updated (Wednesday, 09 May 2012 11:26) |














